# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » , » Bengkel Bimbingan Teknikal Fesyen Jahitan Menggunakan Teknik Kemasan Jahitan Tradisional Johor

Bengkel Bimbingan Teknikal Fesyen Jahitan Menggunakan Teknik Kemasan Jahitan Tradisional Johor

Baru-baru ini bermula pada 11 - 14 Oktober 2011, Bahagian Usahawan telah melaksanakan Bengkel Bimbingan Teknikal Fesyen Pakaian Menggunakan Teknik Kemasan Jahitan Tradisional Johor bertempat di PKKM Cawangan Johor. Bengkel ini merupakan kesinambungan bengkel terdahulu dimana pada kali ini, peserta-peserta perlu menghasilkan pakaian seperti baju kurung moden, baju kurung Pahang, baju kebaya, baju kurung Kedah moden, baju kurung pesak gantung dan juga baju kurung pesak buluh. Kemasan jahitan tradisional Johor perlu diaplikasikan terhadap pakaian bagi menampakkan hasil yang lebih cantik, manakala penambahan aksesori lain seperti manik dijahit mengikut kesesuaian pakaian.

Seramai 10 orang peserta menghadiri bengkel ini yang terdiri daripada penjahit-penjahit dari Kota Tinggi, Kulaijaya dan Skudai. Puan Fatimah binti Tugimon dan Puan Nor Akhadah dilantik sebagai tenaga pengajar bagi membimbing peserta-peserta semasa bengkel ini dijalankan.

                                           

Pada hari pertama, peserta memulakan bengkel dengan membuat paten pakaian berdasarkan rekaan yang dipilih. Seterusnya aktiviti pemotongan kain dimulakan.


Aktiviti menjahit pakaian terus dilakukan sebaik sahaja peserta menyiapkan paten dan membuat pemotongan pakaian. Kain tenun digunakan untuk menghasilkan pakaian dan ia adalah sesuai untuk menampakkan hasil kemasan jahitan tradisional Johor.


Diantara kemasan jahitan tradisional yang digunakan ialah jahitan kerang bermanik, pucuk rebung dan sulam Perancis yang mana jahitan ini memerlukan kemahiran dan ketelitian. Biasanya jahitan ini diaplikasikan di bahagian leher baju, lengan baju atau bahagian bawah baju.


Terdapat 10 jenis rekaan dihasilkan oleh peserta diakhir bengkel ini dan disamping penggunaan kain tenun sebagai bahan utama, peserta juga didedahkan dengan gabungan fabrik lain seperti kain Chiffon dan Japan Silk.

Pada hari keempat, Pengarah PKKM Cawangan Johor berbesar hati menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta-peserta bengkel dan sijil penghargaan kepada tenaga pengajar.



Bahagian Usahawan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga PKKM Cawangan Johor diatas segala kerjasama yang telah diberikan untuk menjayakan bengkel ini.

Tarian Zapin tarian asli,
Jadi kebanggaan rakyat jelata,
Jahitan tradisional warisan seni,
Cantik dipandang indah di mata.



Sumber : Puan Roshaida binti Harun.







No comments:

Post a Comment