# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » » Bengkel Bimbingan Teknikal Rekaan Produk Batik Menggunakan Teknik Blok

Bengkel Bimbingan Teknikal Rekaan Produk Batik Menggunakan Teknik Blok

Bertempat di PKKM Cawangan Kelantan dan Bengkel Ayu Fashion, Bahagian Usahawan telah menganjurkan Bengkel Bimbingan Teknikal Rekaan Produk Batik Menggunakan Teknik Blok. Bengkel ini diadakan selama 4 hari bermula pada 10 - 13 Oktober 2011. Pegawai Bahagian Usahawan, Cik Siti Fatimah Zaharah binti Halim bertindak sebagai urus setia sepanjang bengkel ini dilaksanakan.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan batik terhadap penghasilan kain batik dengan menggunakan teknik blok, dengan memfokuskan kepada cara perletakan rekaan ke atas kain.



HARI PERTAMA
Ucapan aluan oleh Pengarah Cawangan dan taklimat awal oleh tenaga pengajar



Usahawan mula membuat rekaan masing-masing


Antara rekaan-rekaan yang dihasilkan oleh usahawan

***************************************************************************

HARI KEDUA
Proses mencairkan lilin


Proses menerap, merebus dan membasuh kain


Proses menerap dan mewarna kain

**************************************************************************


HARI KETIGA
Usahawan menyambung aktiviti menerap dan mewarna kain


Anggota kerja Bahagian Rekaan turut sama membantu

***************************************************************************


HARI KEEMPAT
Aktiviti menjemur kain yang telah dihasilkan mengikut kreativiti masing-masing


Sesi perbincangan diantara tenaga pengajar dan usahawan


Penyampaian sijil oleh Pengarah PKKM Cawangan Kelantan


Foto kenangan bersama usahawan yang terlibat


Produk yang dihasilkan diakhir bengkel


Produk yang dihasilkan diakhir bengkel


Bahagian Usahawan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga PKKM Cawangan Kelantan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang bengkel dilaksanakan. Terima kasih juga kepada Encik Mahadi bin Deraman (Ayu Fashion) atas komitmen dan kesungguhan beliau membimbing peserta.


Sumber :   Cik Siti Fatimah Zaharah binti Halim



No comments:

Post a Comment