# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » , » Bengkel Bimbingan Teknikal Produk Baru Rotan, Buluh dan Daun Getah

Bengkel Bimbingan Teknikal Produk Baru Rotan, Buluh dan Daun Getah

Bengkel Bimbingan Teknikal Produk Baru Rotan, Buluh dan Daun Getah pada 18 - 21 Oktober 2011 bertempat di Pusat Inkubator Kraf Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bengkel yang disertai oleh seramai 43 orang peserta yang terdiri dikalangan pengusaha Negeri Sembilan, Johor, Melaka ,Selangor, Perak, Perlis dan Kelantan ini telah berlangsung dengan jayanya dan telah mencapai matlamat untuk menghasilkan produk baru iaitu Produk Bakul Dobi, Beg Rotan, Bekas Buah bagi Rotan manakala produk baru Buluh seperti Dulang Buah, Bakul Boko dan produk Daun Getah seperti Potpouri serta Bekas Kotak Tisu berkonsepkan Pop Art.

Dalam aktiviti bengkel ini, pihak kami telah melantik En Ishak bin Kassim dari Syarikat Kraf Rotan Ishak sebagai tenaga Pengajar, manakala bidang buluh tenaga pengajar yang dilantik ialah En Md Borhan bin Md Saiban ( Pengajar Kraf ) dan bidang Daun Getah telah melantik Tn Haji Mat Rasul bin Sidek ( Timbalan Pengarah Bahagian Usahawan ) sebagai tenaga pengajar.



Ucapan kata aluan dari Pengarah Kompleks Kraf Negeri Sembilan dan Perasmian Bengkel Bimbingan Teknikal Produk Baru Rotan,Buluh dan Daun Getah

Ketekunan peserta daun getah dalam pembuatan produk baru begitu mengujakan 

 En Ishak bin Kassim sedang memberi tunjuk ajar kepada salah seorang peserta dari Syarikat Suri Kraf ( Pahang ) mengenai teknik lilitan penutup bakul dobi

Tn Haji Mat Rasul sedang menerangkan cara susunan bunga daun getah 

  Contoh produk baru daun getah yang telah siap digubah


 Produk baru Rotan dan Buluh yang telah siap semasa Bengkel Bimbingan Teknikal dijalankan

 Lawatan dari Pengarah Bahagian Usahawan, En Ibrahim bin Haji Ismail dan Majlis Penutupan

Sesi bergambar bersama peserta Bengkel Bimbingan Teknikal Produk Baru Rotan, Buluh dan Daun Getah pada 18-21 Oktober 2011


Sebarang Maklumat sila berhubung dengan En Mohd Nizam bin Abu di Talian 246




Ralat : 

- Pihak Kratfangan Malaysia telah melantik En Ishak bin Kassim dari Syarikat Kraf Rotan Ishak sebagai tenaga Pengajar bagi bengkel pembuatan produk baru rotan, manakala En Md Borhan bin Md Saiban bagi bidang buluh dan  Tn Haji Mat Rasul bin Sidek ( Timbalan Pengarah Bahagian Usahawan ) bidang daun getah.



6 comments:

  1. kesalahan ayat iaitu bidang daun getah telah melantik Tuan Haji Mat Rasul......
    Encik Mohamad Ali bukan Pengarah Kompleks Kraf Seremban tetapi Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan. Harap maklum.

    ReplyDelete
  2. terima kasih kepada Anonymous atas teguran yang diberikan, pembetulan telah dibuat.

    p/s : mohon kerjasama untuk meletakan nama agar penghargaan boleh dibuat kepada tuan/ puan pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  3. Bila kah bengkel seperti ini akan diadakan lagi.

    ReplyDelete
  4. bila bengkel seumpama ini akan diadakan lagi

    ReplyDelete
  5. saya ingin tahu adakah buluh rebung madu juga boleh dibuat barangan kraftangan. Bagaimana pasaran pokok buluh rebung madu ini. 0126265475

    ReplyDelete
  6. Setahu saya buluh rebung madu lebih digunakan untuk industri makanan.seperti jeruk rebung dsbnya..
    Tetapi buluh matang mungkin boleh dijadikan produk kraf.perlu ada percubaan dalam penghasilanya.

    ReplyDelete