# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » , » Bengkel Bimbingan Teknikal (BT) Teknik Kemasan Sgrafitto Dan Kristal Glaze

Bengkel Bimbingan Teknikal (BT) Teknik Kemasan Sgrafitto Dan Kristal Glaze

Pada 11 - 14 Oktober 2011 yang lalu, Bahagian ini telah menganjurkan Bengkel  Bimbingan Teknikal (BT) Teknik Kemasan Sgrafitto Dan Kristal Glaze bertujuan untuk memberi pendekantan baru dan  tambahnilai kepada teknik sgrafitto yang sedia ada  dan memperkenalkan  pengusaha dengan teknik kristaline glaze  sebagai kemasan alternatif pada produk seramik.

PENGLIBATAN PESERTA

Seramai 15 orang peserta telah menyertai bengkel ini dan mereka terdiri daripada pengusaha seramik dari negeri Kedah, Johor dan negeri Perak.  


En .Mohd Fu`ad Bin Ariffin dari  Unit Seramik Bahagian Rekaan telah dilantik sebagaitenaga pengajar bagi teknik Sgrafitto dan dibantu oleh En.Syahril Hilmi Md Din  juga dari bahagian yang sama.  Manakala En Mohamad Aizuddin Bin Mohamad Naser sebagai tenaga pengajar Kristal Glaze dari PKKM Cawangan Perak dan dibantu oleh En.Rahmi dan En .Mohd Rusdiy dari Unit Makmal Cawangan.

BAHAN – BAHAN 
Bahan mentah yang digunakan dalam   penghasilan Teknik Sgrafitto ialah Stain Red Iron Oxide,  dan warna –warna tambahan Kuning, Hijau, Biru, Merah dan Turquoise. Red Cobalt, Red Cooper  ,Borax Frit, Wallastonite.

Manakala bagi penghasilan teknik Crystaline Glaze pula bahan –bahannya adalah  Potash feldspar, Silica, Kaolin, Zinc Oxide, Cobalt  , Cooper , Stain : Red Iron, Kuning, Hijau, Turquoise dan Biru.




GAMBAR AKTIVITI

Bahan-bahan untuk Kemasan Menggunakan Kemasan Teknik Kristal Glaze.


En.Aizuddin sebagai Tenaga Pengajar Teknik Kristal Glaze sedang memberi  demonstrasi pengenaan yang betul.


 Peserta dapat memilih 6 jenis warna yang telah disediakan bagi dipadankan pada produk. 


 Peserta membawa sendiri produk hasilan syarikat mereka untuk dicuba padankan dengan teknik Kristal Glaze.


 En.Mohd Fuad selaku tenaga pengajar bagi Teknik Scrafitto memberi taklimat ringkas kepada peserta dibantu bersama kakitangan Unit Makmal Caw.Perak.


 Bancuhan antara pewarna Engobe dan Stain dicampur bersama tanah slip untuk disebatikan.


 Terdapat banyak cara untuk mengenakan pewarna satain pada produk, melalui mesin Potters Wheels sapuan berus, sponge/span dan semburan angin.


 Selepas warna yang disapu kering, peserta menggunakan kreativiti seni masing-masing dalam membuat turisan /scrafitto yang sesuai.


Peserta bebas menggunakan pelbagai alatan turisan yang dirasakan sesuai dengan motif yang digunakan.


 Hasil Produk bengkel Kemasan Scrafitto


Hasil Produk bengkel Kemasan Kristal Glaze


sumber : En. Fahazanie Sandy Halim

No comments:

Post a Comment