# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » , , , , » Bengkel Bimbingan Teknikal Produk Sulaman Kontemporari (Sulaman Nyonya)

Bengkel Bimbingan Teknikal Produk Sulaman Kontemporari (Sulaman Nyonya)


Pada 12 - 14 Julai 2011, bertempat di PKKM Cawangan Pulau Pinang telah diadakan Bengkel Bimbingan Teknikal Produk Sulaman Kontemporari (Sulaman Nyonya).

Bengkel tersebut telah menggunakan khidmat Madam Lim Swee Kim (Adiguru Sulam Nyonya) dari Pulau Pinang sebagai tenaga pengajar. 

Pengusaha kraf bidang sulaman yang terdiri daripada 12 orang dari negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis telah diajar dalam penghasilan produk berasaskan sulaman nyonya selama 3 hari modul pelaksanaan.

Objektif bengkel ini adalah memelihara seni kemahiran Jahitan Sulaman Ngonya agar ianya dapat diperkembangkan sebagai salah satu daripada seni warisan negara.
Ianya juga diharap dapat memajukan produk Sulaman Nyonya sebagai satu produk yang ekslusif.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menujudkan produk-produk baharu di pasaran terutamanya sempena aktiviti Promosi Aidilfitri dan Promosi Tekstil bagi tahun 2011 anjuran Kraftangan Malasyia.

Peserta juga diajar peralatan dan cara penggunaan mesin sulaman yang betul dalam penghasilan produk yang lebih kemas dan berkualiti.

Modul bengkel adalah termasuk menggunakan teknik teori dan praktikal yang membolehkan pengusaha kraf menghasilkan produk yang dijangka mendapat sambutan dalam promosi-promosi yang akan disertai pada masa akan datang.
 Dengan cara ini, peserta dapat mendapat tunjuk ajar secara lebih dekat dan mudah daripada tenaga pengajar yang telah dilantik iaitu Madam Lim Swee Kim.

 Diantara produk yang dihasilkan dalam bengkel tersebut adalah Sarung Kusyen, Beg Cenderahati dan Kotak Tisu.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pelaksanaan bengkel ini terutamanya PKKM Cawangan Pulau Pinang yang menyediakan ruang kerja kepada peserta.
Peserta bergambar bersama tenaga pengajar dan urusetia Ibu Pejabat selepas tamat bengkel.

2 comments:

  1. Salam. Ada tak Bengkel Bimbingan Teknikal Produk Sulaman Kontemporari dibuat di kota kinabalu,sabah?

    ReplyDelete
  2. salaam kepada semua... saya ialah pembuat sulaman nyonya.. saya mat berbangga dengan hasil usaha pihak Kraftangan Malaysia dan Madam Lim yang menurunkan ilmu sulaman yang kian pupus ini.. saya sendiri amat berminat untuk kongsi pengalaman dan kemahiran saya dalam sulaman ini kepada yang berminat. seandainya memerlukan tenaga pengajar, saya sedia untuk sama turun padang untuk melatih generasi kini dalam sulaman ini... syabas saya ucapkan..

    ReplyDelete