# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » , , , » Majlis Perasmian Perkampungan Budaya Orang Asli Kaum Mah Meri

Majlis Perasmian Perkampungan Budaya Orang Asli Kaum Mah Meri

Pada 18 Julai 2011, jam 3.00 petang, bertempat di Pulau Carey, Selangor telah berlangsungnya
Majlis Perasmian
Perkampungan Budaya Orang Asli Kaum Mah Meri
oleh
Y.B. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim
Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan

majlis telah berlangsung dengan dihadiri lebih kurang 1000 orang asli dari pelbagai kampung di Pulau Carey tersebut.  Timbalan Menteri KPKK, Y.B. Dato' Joseph Salang Gandum dan ketua-ketua agensi KPKK juga turut hadir dalam majlis tersebut.

Bahagian Usahawan telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras aktiviti demonstrasi Orang Asli Kaum Mah Meri semasa majlis berlangsung.  demonstrasi yang diadakan adalah demonstrasi Ukiran Kayu Kaum Mah Meri oleh A. Samri A/L Abdul Rahman, Kemi Bin Khamis, Pion Anak Bumbong dan Nohiman Bin Belon.  manakala demonstrasi Anyaman Pandan dan Origami dilakukan oleh Tijah Anak Tegap dan Rita Anak Uju.

selain daripada aktiviti demonstrasi, aktiviti lain yang diadakan sempena majlis perasmian tersebut adalah aktiviti jualan sayur-sayuran dan ukiran patung oleh orang-orang kampung.  majlis tersebut juga di serikan dengan aktiviti tarian Sewang yang memang sinonim dengan masyarakat kaum Orang Asli.

sedikit perkongsian gambar aktiviti sebelum dan semasa aktiviti berlangsung :


kakitangan Bahagian Usahawan dan PKKM Cawangan Selangor sedang melakukan kerja pembersihan dan susun atur sebelum majlis berlangsung.

diantara produk anyaman yang dihasilkan oleh kaum wanita Orang Asli Mah Meri.


produk-produk ukiran kayu hasilan kaum lelaki Orang Asli Mah Meri.



tarian sewang oleh yang popular dalam Masyarakat Orang Asli Mah Meri dipersembahkan semasa majlis perasmian berlangsung.

YB Dato' Seri Dr Rais Yatim, Menteri KPKK membuat lawatan ke tapak demonstrasi.

YB Dato' Seri Dr Rais Yatim menanyakan sesuatu kepada Kemi Bin Khamis, juru demo ukiran patung.
Pokok Nyireh Batu yang ditanam oleh YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri KPKK pada 18 Julai 2011 sebagai simbolik kepada bahan mentah yang digunakan oleh masyarakat kaun Orang ASli Mah Meri dalam penghasilan produk kraf mereka.

Pokok Nyireh Batu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Xylocarpus gangeticus Park atau Xylocarpus moluccensis. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Nyireh_Batu)

sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan Cik Sahnom, En Mohd Nizam, En Fahazanie Sandy

1 comment: