# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » , , , » Penglibatan Bahagian Usahawan Dalam Promosi Kraf Aidilfitri

Penglibatan Bahagian Usahawan Dalam Promosi Kraf Aidilfitri

Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Promosi Kraf Aidilfitri 2011 pada 21 hingga 29 Julai 2011 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Dijangkakan seramai 200 usahawan kraf dan Aidilfitri yang akan mengambil bahagian. Aktiviti utama sepanjang promosi ini ialah jualan kraf dan Aidilfitri, demonstrasi dan interaktif kraf serta demonstrasi masakan sempena Aidilfitri. Turut diadakan ialah Pameran Kraf Logam yang mempamerkan produk terbaru hasil kerjasama pereka Kraftangan Malaysia dan usahawan kraf. Program berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam. Orang ramai dijemput hadir.


Penglibatan Bahagian Usahawan

Aktiviti Demonstrasi Pembuatan Produk Kraf dalam penghasilan produk2 kraf yang diguna pakai semasa sambutan Aidilfitri dari pelbagai negeri.

  • Demonstrasi Pembuatan Capal - Pulau Pinang
  • Demonstrasi Pembuatan Songkok - Melaka
  • Demonstrasi Jahitan Tulang Belut - Melaka
  • Demonstrasi Pembuatan Aksesori Wanita Pewter - Johor
  • Demonstrasi Pembuatan Kotak Cenderamata Ukiran Kayu - Pahang
  • Demonstrasi Pembuatan Barang Kemas Perak - Kelantan
  • Demonstrasi Pembuatan Barangan Wares Kemas Perak - Kelantan

Aktiviti Orientasi Pengeluaran Produk Logam Dan Cenderahati

Insentif berbentuk pemberian bahan mentah untuk pengusaha kraf bidang logam mengeluarkan produk bagi tujuan jualan sempena Promosi Kraf Aidilfitri.

  • Produk Barang Kemas & Aksesori Berasaskan Perak
  • Produk Barang Kemas & Aksesori Berasaskan Pewter
  • Produk Barangan Wares (Kegunaan Harian) Berasaskan Perak
  • Produk Barangan Wares (Kegunaan Harian) Berasaskan Pewter
  • Produk Barangan Wares (Kegunaan Harian) Berasaskan Tembaga
  • Produk Cenderamata Berasaskan Pewter
  • Produk Gong Sabah
  • Produk Parang
  • Produk Parang Ilang Sarawak
  • Prosuk Parang Bajau Sabah
  • Produk Kotak Cenderamata Berasaskan Kayu
  • Produk Kotak Cenderamata Berasaskan Ribu Ribu
  • Produk Kotak Cenderamata Berasaskan Serdang
  • Produk Kotak Cenderamata Berasaskan Salingkawang & Buluh
  • Produk Kotak Cenderamata Bontoi (Keladi Hutan)
Semoga dengan penglibatan Bahagian Usahawan dalam Promosi Kraf Aidilfitri ini, dapat membantu penjayakan penganjuran aktiviti ini di samping sedikit sebanyak dapat membantu menjana pendapatan pengusaha kraf terlibat.

No comments:

Post a Comment