# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » , , , » Demonstrasi Pembuatan Produk Ukiran Kayu

Demonstrasi Pembuatan Produk Ukiran Kayu


 Pada zaman dahulu barangan peti kayu dihasilkan oleh pengukir dan tukang kayu bagi kegunaan menyimpan peralatan, perhiasan, pakaian dan juga barang-barang berharga. Penggunaan kayu untuk dijadikan kotak atau peti amat disenangi oleh tukang kayu pada zaman dahulu kerana bekalan mudah didapati. Alam Nusantara telah dianugerahi Tuhan dengan cuaca yang sesuai untuk tumbuhan dan pepohon kayu tropika. Dibandingkan dengan tembaga atau besi yang sukar didapati, penggunaan kayu oleh tukang-tukang dan pengukir kayu pada zaman dahulu mudah dimengertikan. Kayu ringan dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. 



  Kayu-kayu tropika yang digunakan sejak zaman dahulu hingga kini mestilah mempunyai ciri-ciri yang membolehkannya dibentuk dan diukir dengan mudah untuk dijadikan kotak. Antara jenis-jenis kayu ini aialah meranti, nyatuh, merbau dan sebagainya yang ternyata sesuai dijadikan kotak kerana ianya tahan lama. Di samping itu urat-urat pada kayu tersebut juga mempunyai rekacorak yang tersendiri dan menarik dipandang. Oleh kerana itulah kotak-kotak ini jarang sekali dicat atau diwarnakan sehingga menghilangkan rekacorak semulajadi  kayu tersebut. Kalau perlu ianya hanya di ‘shellac’ atau di ‘varnish’ sahaja. 


   
Kotak kayu ini mempunyai nilainya tersendiri (intrinsic value) kerana sebab-sebab yang dinayatakan di atas. Dekorasi tambahan pada kotak ini seperti ukiran (etching) tembaga, perak dan sebagainya tidaklah mencacatkan nilai estetikanya.

Kotak merupakan sejenis bekas yang mempunyai pelbagai bentuk. Apabila bentuknya tidak dinyatakan biasanya kotak itu berbentuk kubus dan kuboid. Sungguhpun begitu kotak mungkin mempunyai keratan rentas yang berbentuk segi empat tepat, bulat, bujur; mempunyai bahagian atas yang condong atau berkubah, atau sisi tidak tegak. Kotak biasanya dibuka dengan menaik, menggelunsur atau mengalihkan penutupnya, yang mungkin berengsel dan/atau diikat dengan selak, kancing atau kunci. Walau apa bentuk dan tujuannya atau dari bahan apa ia dihasilkan, ia merupakan hasil dari peti, salah satu perabot domestik tertua. Kegunaannya tidak terbatas dan pelbagai objek boleh diletakkan ke dalamnya bagi pelbagai tujuan. - sumber wikipedia


Juru Demo sempena Promosi Kraf Aidilfitri :-
ZANITA BINTI RAMLI
Z & Z Kayu Kraf
Pusat Inkubator Temerloh
Lot 11, Kawasan Perindustrian Songsang
28000 Temerloh, Pahang
017-3064952
 
RASIDI BIN ABU HALEPAH
Seri Cempaka
Pusat Inkubator Temerloh
Lot 11, Kawasan Perindustrian Songsang
28000 Temerloh, Pahang
013-9123204

No comments:

Post a Comment