# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » » Demonstrasi Pembuatan Produk Kraf Perak - Barangan Hiasan Diri

Demonstrasi Pembuatan Produk Kraf Perak - Barangan Hiasan Diri


Seni pertukangan perak adalah salah satu daripada cabang kesenian orang Melayu yang amat terkenal di Negeri Kelantan dan sedikit di negeri Terengganu. Agar sukar bagi kita untuk mencari sejarah bermulanya seni perusahaan ini, tetapi ada kemungkinannya bahawa kesenian-kesenian lain yang mempengaruhi masyarakat Melayu. Kemahiran bertukang orang Melayu dipercayai memang sudah ada sejak zaman berzaman lagi, iaitu hasil pengaruh tamadun ‘Hindu’ yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti tembaga dan emas. Dengan ini, perusahaan barang-barang perak ada kaitan rapat dengan bidang perusahaan emas dan tembaga kerana terdapat persamaan dari segi pembuatannya. 



Proses dan teknik ikatan permata menggunakan beberapa teknik iaitu dengan membuat acuan dari kulit sotong, melebur perak dan menuang, mencuci dan memasang permata dan menggilap. Selain itu barang hiasan diri ini memerlukan  bahan dan peralatan . 

Bahan dan peralatan:-
i)                    Semawar
ii)                   Kikir belah rotan besar
iii)                 Kikir kecil
iv)                 Tukul besi
v)                  Handasan
vi)                 Besi tanggi
vii)               Besi penggilat
viii)              Crucible
ix)                 Gergaji
x)                  Minyak petrol
xi)                 Kulit sotong
xii)               Pijar
xiii)              Kertas pasir
xiv)             Benang no.10
xv)               Powder halus
xvi)             Powder kasar

Juru Demo sempena Promosi Kraf Aidilfitri:-
MOHD HILMI BIN HASAN
A&M Global Sdn Bhd
Lot PT 7585, Pekedai Wakaf Tapai
21040 Marang, Terengganu

1 comment:

  1. askum..saya en.moktar dr kuantan pahang..saya baru bukak kdai emas kt balok,kuantan..boleh tak saya nk mintak khidmat nasihat mengenai kemahiran pertukangan barangan emas & nk dptkn supplier acuan yg dh siap untuk bentuk sesejenis item barangan emas..bleh hubungi sy 0199799593..

    ReplyDelete