# Selamat Datang Ke Blog Bahagian Usahawan # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » , , , » Demonstrasi Pembuatan Jahitan Tulang Belut

Demonstrasi Pembuatan Jahitan Tulang Belut


 
Jahitan Tulang Belut adalah jahitan hiasan leher yang asli khusus untuk baju kurung tradisional dan baju Melayu di selatan tanah air. Satu-satunya hiasan leher baju kurung yang diwarisi sejak turun-temurun. Jahitan ini menambah kehalusan seni buatan baju kurung Melayu yang berasaskan kepada jahitan lilit ubi. 







Semakin kecil saiz jahitan tulang belut semakin tinggi nilai kehalusan seninya. Tidak sesuai digunakan sebagai hiasan jahitan tepi kelengkapan rumah tangga.


Baju Melayu yang biasa di pakai di Malaysia dan negara serantau biasanya terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang. Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potongan Cekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya. - sumber wikipedia


Juru Demo sempena Promosi Kraf Aidilfitri :-
NAAIMAH BINTI MAHFOZ
Kesuma Budi Enterprise
RB 862 A, Ramuan Cina Besar
Masjid Tanah, 78300 Melaka
017-6328266

No comments:

Post a Comment