# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » » Bengkel Bimbingan Teknikal (BT) Enamelling

Bengkel Bimbingan Teknikal (BT) Enamelling

Tajuk : Bengkel Bimbingan Teknikal (BT) Enamelling


Tarikh : 11 - 15 April 2011 (5 hari)

Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Bengkel Seni Kraf Logam, Institut Kraf Negara, Rawang


OBJEKTIF
Memberi pendedahan kepada pengusaha kraf bidang logam kepada salah satu teknik hiasan permukaan produk logam seperti piuter, tembaga dan perak.
Berkongsi idea dan pengetahuan dengan tenaga pakar berkaitan pengaplikasian teknik enamelling (tatahan serbuk permata) pada produk logam.
Mempelajari secara teori dan praktikal dalam penggunaan teknik enamelling ke atas produk logam.
 
KANDUNGAN MODUL
Tiga modul utama terkandung di dalam aktiviti BT adalah seperti yang berikut:
i. Pengenalan Kepada Teknik Enamelling / Tatahan Serbuk Permata - Hot Enamelling - Cold Enamelling
ii. Pengenalan Kepada Teknik Pembakaran - Oven Firing - Direct Firing
iii. Pengaplikasian Teknik Enamelling Ke Atas Bahan - Logam Piuter - Logam Perak - Logam Tembaga


PESERTA
Peserta kursus adalah di kalangan pengusaha kraf bidang logam dari seluruh semenanjung Malaysia yang berdaftar dengan Kraftangan Malaysia, Pereka Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor, Pengajar Kraf dan Pelajar Jurusan Kraf Seni Logam, Institut Kraf Negara (IKN)


TENAGA PENGAJAR
Encik Syed Khamarul Zaman Bin Syed Masnu
Penyelia Kawalan Mutu
Mariwasa Kraftangan Sdn Bhd
Kuala Kangsar Perak
012-319 5545


________________________________________
Koleksi Gambar
-----------------

 Tenaga pengajar En Syed Khamarul Zaman (berbaju coklat)


 Penerangan oleh En Asri (IKN)


 Peserta sedang melakukan gerak kerja yang ditetapkan


Lawatan oleh En Ibrahim (Pengarah Bhgn Usahawan) dan En Yushak (Pengarah Bhgn Rekaan) ke tapak bengkel
Peserta, Tenaga Pengajar dan Pengarah-Pengarah Terlibat bergambar dengan Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, En Mohd Kamil di hari penutup bengkel


No comments:

Post a Comment