# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » , » sibuk sibuk di bahagian usahawan

sibuk sibuk di bahagian usahawan

sekarang ni semua anggota kerja bahagian usahawan sedang sibuk sibuk untuk aktiviti masing-masing. yang aktiviti bt dengan aktiviti mereka, yang laporan dengan laporan nya, yang bantuan dengan bantuan nya, yang turun peruntukan dengan turun peruntukan nya, yang design dengan design nya lah kan.

'

next week akan ada dua aktiviti bimbingan teknikal anjuran Bahagian Usahawan yang melibatkan dua negeri iaitu;

'

1. Bimbingan Teknikal Sculpturing Dalam Penghasilan Paten yang akan diadakan pada 25 - 29 April 2011 (5 hari) bertempat di PKKM Cawangan Kelantan. Bengkel ini akan memberi fokus kepada penghasilan paten bagi produk aksesori kraf perak.

'

2. Bimbingan Teknikal Produk Anyaman Rotan yang akan di adakan pada 26 - 29 April 2011 (4 hari) bertempat di Inkubator Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Bengkel ini berfokus kepada penghasilan produk Bakul Buah, Bakul Dobi, Beg Rotan, Bekas Hantaran, Bekas Buah, Bekas Lilin dan Bekas Telur.

'

Produk-produk yang akan dihasilkan dalam aktiviti bengkel ini adalah menjurus kepada pemasaran semasa berlangsungkan Promosi Kerja Kahwin yang dijangka akan diadakan pada 26 Mei - 6 Jun 2011 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

'

semoga dengan adanya bengkel-bengkel ini, akan dapat membantu pengusaha kraf di bawah bimbingan Kraftangan Malaysia dalam penghasilan produk yang berorientasikan perkahwinan dalam pasaran semasa.

'

Ameen

No comments:

Post a Comment