# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » Persiapan BT Sculpturing Dalam Penghasilan Paten

Persiapan BT Sculpturing Dalam Penghasilan Paten

beberapa equipment bahan bercetak dah siap disediakan oleh anggota kerja yang berkaitan bagi pelaksanaan BT Sculpturing Dalam Penghasilan Paten yang akan dilaksanakan di PKKM Cawangan Kelantan pada 25 - 29 April 2011 selama 5 hari.

'

seorang pegawai Bahagian ini akan bertindak sebagai urus setia sepanjang aktiviti berlangsung iaitu En Shazwan Abdul Rahim, beliau akan bertolak ke Kelantan dijangka pada hari Ahad ini untuk membuat persiapa terakhir di peringkat cawangan.

'

di peringkat ibu pejabat, beberapa bahan cetak telah disediakan seperti :

'

buku program ; tinggal nak lipat sahaja

'

borang kaji selidik ; siap sepenuhnya

'

tag nama ; tinggal nak masuk dalam plastik n tali

'

ada beberapa bahan cetak yang perlu dicetak di luar iaitu backdrop dan banner 'Selamat Datang'. bahan-bahan ini akan di bawa oleh En Shazwan untuk diserahkan kepada pihak cawangan bagi tindakan seterusnya.

'

senarai peserta sudah diterima daripada pihak cawangan dan dijangka seramai 16 orang peserta dalam bidang kraf perak akan menyertai bengkel ini.

'

semoga semuanya berjalan dengan lancar. terima kasih kepada pihak PKKM Kelantan dan anggota kerja yang sama-sama bakal menjayakan bengkel ini.

'

'

No comments:

Post a Comment