# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » Ceramah Keusahawanan 2010 ,Ayer Keroh Melaka

Ceramah Keusahawanan 2010 ,Ayer Keroh Melaka

Pada 28 Disember 2010, Bahagian Usahawan Ibupejabat Kuala Lumpur telah menganjurkan Ceramah Keusahawanan. Majlis yang penuh dengan ilmiah tersebut telah mengambil tempat di Putri Resort, Ayer Keroh Melaka. Ianya memfokuskan kepada Peningkatan Potensi Keusahawanan dalam dunia perniagaan yang serba serbi mencabar kini.
Tetamu Terhormat/VVIP :
1. YBhg. Datuk Zakiah Ahmad, Pengerusi Kraftangan Malaysia
2. YBhg Dato' Norhayati Omar, Pengerusi Exco Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Kraf
3. YBrs. Mohd Kamil Mohd Ali ,Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.
Barisan kepimpinan Kraftangan Malaysia yang bersama-sama menjayakan Ceramah Keusahawanan yang berlansung di Putri Resort , Ayer Keroh Melaka

Sambutan di luar jangkaan dari para pengusaha yang terdiri daripada pengusaha sekitar Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Selangor.

Puan Hajah Rohana sempat berkongsi pengalaman pahit getir dalam mengusahakan syarikat penuh miliknya, Sweet Touch Ceramic yang baru -baru ini mendapat penganugerahan tertingginya di Geneva .

"hai senangnya dalam hati ..kalau beristeri dua...( Lagu Versi Rock dari Ahmad Dhani ) ooops..ni bukan dia lah...En. Sukarman dari SME Bank Corp.yang memberi serba sedikit informasi mengenai peluang pinjaman dan ruang perniagaan kepada pengusaha kraf.

Sesi pertemuan antara Pembeli ( Karyaneka ) dengan Pengeluar /Pengusaha Kraf di akhir sesi ceramah.

En. Abdullah wakil daripada Karyaneka Sdn.Bhd. melakukan tinjauan dan tawaran bersama pengusaha kraf dalam memasarkan produk keluaran mereka.




















No comments:

Post a Comment