# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

Bengkel Bimbingan Teknikal Ukiran Kayu 3 Dimensi


Bahagian Usahawan telah mengadakan bengkel Bimbingan Teknikal Ukiran Kayu 3 Dimensi di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang. Bengkel ini bermula pada 26 Oktober hingga 1 November 2010. Bengkel ini telah dikendalikan bersama Tenaga Pengajar dari Thailand iaitu Mr. Noppadol Khamlae. Bengkel ini adalah lanjutan daripada Latihan Jangka Pendek yang dijalankan di Thailand pada tahun 2008. Ia disertai oleh 20 peserta dari Pahang, Selangor. Selain itu ia juga disertai oleh pereka Bahagian Rekaan Ibu Pejabat dan 2 peserta dari Institut Kraf Negara.

Diharapkan melalui Bengkel Bimbingan Teknikal Ukiran Kayu 3 Dimensi ini akan terus bertahan dan berkembang di pasaran tempatan.

Maklumat lengkap Bengkel Bimbingan Teknikal Ukiran Kayu 3 Dimensi akan di update dalam sedikit masa lagi.

Sekian