# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

Bengkel Sulaman Tenunan Berkomputer

Pada 7 - 8 Mei 2010, satu Bengkel Sulaman Tenunan Berkomputer telah diadakan di Institut Kraf Negara. Peserta adalah terdiri daripada penenun daripada Pekan, Pahang seramai 30 orang. Ianya bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta bengkel berkaitan teknologi sulam berkomputer dalam penghasilan produk tekstil. Bengkel ini telah dikendalikan oleh seorang tenaga pengajar iaitu Encik Azhar Bin Bahari daripada syarikat Plexus Asia, Ampang.Bengkel ini juga telah dilawati oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) bersama Pengarah Bahagian Usahawan. Beliau mengharapkan agar peserta berpuas hati dengan sesi pembelajaran yang diikuti dan berusaha untuk mempelbagaikan penghasilan produk dengan teknik yang dipelajari.
Sekian..