# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » , » SHOWCASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI 2010

SHOWCASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI 2010

aktiviti : SHOWCASE SATU DAERAH SATU INDUSTRI 2010
tarikh : 10 - 12 DISEMBER 2010 (3 hari)
tempat : PUSAT DAGANGAN ANTARABANGSA MELAKA (MITC)
AYER KEROH, MELAKA
'
'
Majlis Perasmian telah disempurnakan pada 10 Disember 2010 jam 3.00 petang oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamad, Menteri di Kementarian Perdagangan Dan Industri Antarabangsa.
'
'
aktiviti jualan yang disertai oleh 17 orang usahawan dari 5 buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang mendapat sambutan menggalakkan dari pengunjung
'
'
di antara produk usahawan kraf seluruh negara yang dipamerkan
'
'
tetamu kehormat yang singgah ke astaka Kraftangan Malaysia
'
'

aktiviti peragaan fesyen batik dan tenun oleh Kraftangan Malaysia di pentas utama pada hari pertama program mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung
'
'
Kraftangan Malaysia membawa 4 usahawan kraf SDSI dari Pahang - Ukiran Kayu 3D, Terengganu - Teknik Spinning Tembaga, Perak - Labu Sayong dan Sabah - Tenun Dastar bagi aktiviti demonstrasi pembuatan produk kraf
'
'
Hasil statistik pengunjung yang telah disediakan oleh pihak Penganjur, seramai 110,000 orang telah berkunjung ke astaka Kraftangan Malaysia. Ini merupakan satu petanda positif penerimaan masyarakat awam terutama pengunjung domestik terhadap produk kraf tempatan.
'
Melalui penyertaan seramai 17 usahawan jualan dan 4 usahawan demonstrasi, Kraftangan Malaysia telah berjaya menjana perolehan pendapatan melalui aktiviti jualan runcit dan tempahan sebanyak RM141,109.00

1 comment:

  1. Tahniah atas kejayaan Bahagian Usahawan

    ReplyDelete