# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » » Bengkel Penghasilan Glaze 2010

Bengkel Penghasilan Glaze 2010

Aktiviti : Bengkel Penghasilan Glaze 2010
Tarikh : 07 - 12 November 2010 (6 hari)
Masa : 9.00 pagi - 5.30 petang
Tempat : Bengkel Inkubator PKKM Cawangan Perak
Tenaga Pengajar : Encik Ueda Tetsuya, Ueda Ceramic Design & Glaze Studio, Jepun
'
'
'
Sesi Pengenalan bersama peserta diadakan di dalam dewan serbaguna PKKM Cawangan Perak
'
'
En.Ueda menerangkan contoh - contoh glaze yang akan dihasilkan oleh peserta melalui formula yang diberi.
'
'
Proses pembakaran testpieces glaze melalui Pembakaran Oksidasi menggunakan Tanur Gas. Suhu pembakaran akan mencapai tahap 1250 `C dan seliaan secara manual.
'
'
Peserta sempat merakam gambar kenangan bersama En.Ueda dan sahabat karibnya juga dari Jepun,En.Shibata yang bersama-sama sepanjang bengkel ini berlansung.
'
'
`Ueda San' menunjukkan kepakarannya dalam teknik mengadun campuran glaze kepada peserta.
'
'
Perhatian sepenuhnya diberikan oleh peserta dalam mempelajari teknik sapuan glaze yang betul.
'
'
Dalam menghasilkan formula yang tepat, aspek menimbang bahan mentah perlulah teliti dan menepati sukatan yang diperlukan.
'
'
Peserta bersemangat untuk menghasilkan formula yang diberikan dan masing-masing tidak sabar untuk melihat hasil selepas pembakaran nanti.
'
'
Segala penat lelah peserta terbalas dengan melihat pelbagai jenis warna dan kesan abstark yang terhasil dari tempoh pembarkaran selama 10 - 12 jam.
'
'
Setiap keputusan hasil dari formula diberikan Kod Formula tersendiri supaya dapat dikenalpasti dengan mudah sekiranya ingin dijadikan bahan rujukan .
'
'
******************************


sebarang maklumat lanjut berkaitan pelaksanaan bengkel ini boleh berhubung dengan Encik Fahazanie Sandy Bin Halim ext. 219

No comments:

Post a Comment