# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

BANTUAN DAN KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH KRAFTANGAN MALAYSIA

i. Pembangunan Tenaga Kerja Dan Kemahiran

Aktiviti ini menawarkan kemudahan melatih tenaga kerja baru dan sediada dalam peningkatan kemahiran yang dilaksanakan secara insitu di bengkel usahawan dan secara berpusat di bawah bimbingan tenaga pakar dalaman atau luar Kraftangan Malaysia.

ii. Pembangunan Pengeluaran Produk

Merupakan kerjasama di antara Kraftangan Malaysia dengan usahawan untuk melaksanakan aktiviti R&D dalam pengeluaran bagi menghasilkan produk baru secara massa. Aktiviti dijalankan di bengkel usahawan berkaitan dengan menggunakan kemudahan dan teknologi sediada atau baru.

iii. Pembangunan Prasarana Pengeluaran

Insentif berbentuk geran (pemberian secara terus) diberikan kepada pengusaha yang memenuhi syarat-syarat pemberian bantuan Kraftangan Malaysia bagi meningkatkan pengeluaran dan kualiti produk yang dihasilkan agar mampu berdaya saing di pasaran. Tiga (3) jenis bantuan tersebut adalah :-

a) Membina atau membaikpulih bengkel pengeluaran kraf.
b) Membina atau menaiktaraf ruang pameran.
c) Pembelian mesin/jentera dan peralatan kerja.


iv. Pembangunan Promosi Dan Pasaran

Usahawan diberi keutamaan untuk menyertai Program Pemasaran dan Promosi yang dijalankan oleh Kraftangan Malaysia samada peringkat domestik atau antarabangsa. Bantuan yang diberi berupa bahan promosi yang bersesuaian, kos pengangkutan barang dan sewaan tapak (booth) pameran.

v. Pembangunan Produktiviti Dan Kualiti (P&Q)

Satu aktiviti untuk membangunkan budaya kualiti dan produktiviti bagi usahawan kraf dengan tujuan untuk memastikan aliran proses pengeluaran menjadi lebih tersusun dan persekitaran tempat kerja yang lebih kondusif untuk pengeluaran produk secara pukal.
JUALAN KRAF SDSI 2009 akan berlangsung pada 17hb - 21hb Disember 2009 (Jumaat - Isnin)

PROMOSI BATIK DAN TENUN PERINGKAT NEGERI-NEGERI BAGI TAHUN 2009


Promosi Batik & Tenun peringkat negeri-negeri bagi tahun 2009 sedang berlangsung di PKKM Cawangan Perlis pada 19hb hingga 23hb November 2009.

SHOWCASE SDSI 2009


Bahagian Usahawan Kraftangan Malaysia terlibat dengan Showcase SDSI anjuran MITI yang akan berlangsung di Melaka International Trade Centre MITC, Ayer Keroh, Melaka pada 11hb hingga 13hb Disember 2009.

Usahawan SDSI yang terlibat didalam program ini seramai 45 pengusaha dalam pelbagai bidang kraf dari seluruh Malaysia.

Jom beramai-ramai kita ke MITC, Ayer Keroh, Melaka....

Aktiviti Bengkel Ikat Celup (Shibori Some)




Bengkel ikat celup telah dilaksanakan di Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan pada 12 Oktober hingga 17 Oktober 2009. Seramai 23 orang pelatih yang terdiri daripada 16 pengusaha tekstil dan 7 orang staff telah berjaya mengikuti bengkel selama 6 hari.

Tenaga pengajar bagi bengkel ini telah telah dijemput khas dari Negara Jepun iaitu Puan Hiroko Harada. Beliau banyak mempraktikkan penggunaan teknik Shibori dan natural indigo dengan meluas dan banyak terlibat dengan pameran dan bengkel di dalam dan luar negara Jepun.

Inilah kami...@ Level `M` (Mokhtar)

Bos baru kami....
TUAN HAJI MOHD MOKHTAR BIN LOP AHMAD

yang ne pulak anak2 buah nyer....

"SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN"

Aktiviti terkini Bahagian Usahawan