# Selamat Datang Ke Blog Unit Pembangunan Usahawan Kraf # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #
Laman Utama » BANTUAN DAN KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH KRAFTANGAN MALAYSIA

BANTUAN DAN KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH KRAFTANGAN MALAYSIA

i. Pembangunan Tenaga Kerja Dan Kemahiran

Aktiviti ini menawarkan kemudahan melatih tenaga kerja baru dan sediada dalam peningkatan kemahiran yang dilaksanakan secara insitu di bengkel usahawan dan secara berpusat di bawah bimbingan tenaga pakar dalaman atau luar Kraftangan Malaysia.

ii. Pembangunan Pengeluaran Produk

Merupakan kerjasama di antara Kraftangan Malaysia dengan usahawan untuk melaksanakan aktiviti R&D dalam pengeluaran bagi menghasilkan produk baru secara massa. Aktiviti dijalankan di bengkel usahawan berkaitan dengan menggunakan kemudahan dan teknologi sediada atau baru.

iii. Pembangunan Prasarana Pengeluaran

Insentif berbentuk geran (pemberian secara terus) diberikan kepada pengusaha yang memenuhi syarat-syarat pemberian bantuan Kraftangan Malaysia bagi meningkatkan pengeluaran dan kualiti produk yang dihasilkan agar mampu berdaya saing di pasaran. Tiga (3) jenis bantuan tersebut adalah :-

a) Membina atau membaikpulih bengkel pengeluaran kraf.
b) Membina atau menaiktaraf ruang pameran.
c) Pembelian mesin/jentera dan peralatan kerja.


iv. Pembangunan Promosi Dan Pasaran

Usahawan diberi keutamaan untuk menyertai Program Pemasaran dan Promosi yang dijalankan oleh Kraftangan Malaysia samada peringkat domestik atau antarabangsa. Bantuan yang diberi berupa bahan promosi yang bersesuaian, kos pengangkutan barang dan sewaan tapak (booth) pameran.

v. Pembangunan Produktiviti Dan Kualiti (P&Q)

Satu aktiviti untuk membangunkan budaya kualiti dan produktiviti bagi usahawan kraf dengan tujuan untuk memastikan aliran proses pengeluaran menjadi lebih tersusun dan persekitaran tempat kerja yang lebih kondusif untuk pengeluaran produk secara pukal.

8 comments:

  1. ASKM,
    SAYA PN ROZANA SIMIN DARI D ANJUNG CREATION YANG MENGUSAHAKAN KEDAI JAHITAN PAKAIAN,LANGSIR SERTA PRODUK YANG BERASAKAN JAHITAN,ADAKAH SAYA LAYAK UTK MEMOHON UNTUK "MEMBINA ATAU MENAIK TARAF RUANG PAMERAN" ATAUPUN "PEMBELIAN MESIN/JENTERA DAN PERALATAN KERJA" DAN BAGAIMANAKAH CARANYA UTK SAYA MEMOHON.

    PERHATIAN DARI PIHAK TUAN DIUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  2. Puan,

    Terima kasih kerana berhubung dengan pihak kami melalui blog Bahgian Usahawan. Untuk makluman puan, bantuan yang kami sediakan hanya kepada usahawana kraf yang telah berdaftar dan dimasukkan dibawah pakej Pembangunan Usahawan. Oleh itu puan adalah digalakkan untuk mendaftar sebagai usahawan kraf dengan berhubung terus ke cawangan kami di Selangor. Puan boleh berhubung di alamat:

    Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor,
    6-1 & 6-2, Pusat Dagangan UMNO Shah Alam
    Persiaran Damai, Seksyen 11
    40100 Shah Alam Selangor

    Tel: 03-55107301 / 03-55198875 (Cik Noor Iza Kassim)

    Sekian,

    "Budi Bahasa Budaya Kita"

    ReplyDelete
  3. zawawi bin mohd sibun.May 12, 2010 at 10:18 AM

    assalamualaikum..saya zawawi bin mohd sibun telah mengusahakan perusahaan labu sayong selama 23 tahun.saya telah memohon pelbagai bantuan seperti baik pulih bengkel dan sebuah tanur tetapi kesemua permohonan sya dalam perhatian.sampai sekarang tak dapat jawapan yang tepat.saya memerlukan bengkel untuk membuat showroom dan tanur untuk membakar produk-produk hasilan saya.jadi di sini saya mohon untuk mendapatkan keperluan tersebut iaitu:
    1. sebuah bengkel.
    2. sebuah tanur.
    sila hubungi saya di nombor ini.
    0125511026.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum tuan,

      pihak kami akan semak permohonan tuan, dan akan hubungi tuan melalui cawangan berkaitan perkara tersebut.

      Delete
  4. salam saya zamri bekas pelatih pkkm cwgn,kelantan mengusahakan batik dgn nama sykt my batik beranang masalah saya tk tahu nk daftar dgn negeri mana .pasal kwsn saya dekat dgn tp jauh dgn shah alam beh camner ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam tuan,

      Terima kasih kerana tuan telah pon berdaftar dengan Kraftangan Malaysia. Moga perniagaan batik tuan berkembang seiring dengan perkembangan industri kraf di Malaysia.

      Delete
  5. Saya ingin dapatkan kewangan bantuan untuk mulakan peniaga membuat gelang tangan,kaki dan ikat rambut melalui satu bahan utama benang string dan sukar dapat di pasarann hanya di oneline ada jual tapi mahal wlupun berkuatili tinggi..saya perlu bantuan pihak tuan untuk kewangan dan promosi selepaskan..Lawati www.ayamanbenangastrosiver@blogspot.com atau www.astrosiver@blogspot.com
    Alamat:
    NooR effanizah binti jasni,
    Lot 46,PHASE 11,Taman adika ,89000,keninggu,sabah,
    malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualiakum puan,

      Untuk makluman, kami tidak menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan yang dibangunkan di bawah program Kraftangan Malaysia yang layak. Bantuan yang disediakan adalah dalam bentuk geran bahan mentah sahaja kepada mereka yang layak.

      Walau bagaimanapun, puan digalakkan untuk berhubung terus dengan cawangan kami di negeri Sabah seperti di bawah :
      Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah,
      Blok A, 1&2, Lorong Buah Salak,
      Hiong Tiong Industrial Center,
      KM 11.2, Jalan Tuaran Inanam,
      88450 Kota Kinabalu,
      Sabah
      Tel : 088-433461 (En Shazwan Abd Rahim / Cik Magalene Sinun)

      Delete