# Selamat Datang Ke Blog Bahagian Usahawan # # Penulisan di dalam blog ini adalah pandangan individu semata-mata. Sebarang penggunaan maklumat dan penulisan dalam blog ini adalah di bawah tanggungjawab sendiri. Sekian # # Terima Kasih Atas Kunjungan Anda #

Pengemaskinian Data Usahawan Di Bawah Program Dalam Sistem E-Industri


Bermula 11 Ogos 2014 yang lalu, Bahagian ini dengan kerjasama semua pegawai pengendali sistem di cawangan telah berusaha untuk mengemaskini maklumat di dalam sistem E-industri dalam usaha kami untuk mendapatkan bilangan usahawan yang berdaftar dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.



Proses pengemaskinian ini berlangsung dalam lima (5) peringkat masa yang berlainan dan ia melibatkan giliran cawangan berlainan.  Pecahan giliran cawangan dalam pengemaskinian adalah seperti di bawah:
  • 11 - 12 Ogos 2014 melibatkan cawangan Perlis, Kedah dan Langkawi
  • 11 - 14 Ogos 2014 melibatkan cawangan Sabah, Sarawak dan Pahang
  • 13 - 15 Ogos 2014 melibatkan cawangan Pulau Pinang, Perak dan Selangor
  • 19 - 20 Ogos 2014 melibatkan cawangan Negeri Sembilan dan Melaka
  • 25 - 28 Ogos 2014 melibatkan cawangan Terengganu, Pahang dan Johor



Sasaran pengemaskinian kali ini adalah berkaitan senarai usahawan tidak aktif di dalam sistem, senarai usahawan di bawah program dari segi klasifikasi usahawan tersebut samada sepenuh masa, sambilan atau hobi.  Pengemaskinian juga adalah bagi memastikan maklumat yang terdapat di dalam sistem adalah terkini dari segi alamat, bidang kraf, jenis kraf, produk yang dikeluarkan, bilangan pekerja terkini dan status usahawan itu sendiri.

Moga proses pengemaskinian ini akan sentiasa boleh dilaksanakan dari semasa ke semasa dengan kerjasama yang diberikan oleh pegawai cawangan kerana maklumat tersebut boleh diakses oleh masyarakat umum melalui portal www.malaysia.gov.my

undangan majlis perkahwinan


Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera, 


Dengan izin Allah SWT, saya Zahir Bin Ahmad sekeluarga menjemput YBhg. Dato'/ Datin / Tuan / Puan serta seisi keluarga yang mengenali diri saya untuk hadir ke majlis perkahwinan putera saya, Mohd Syamim Bin Zahir pada Ahad 10 Ogos 2014.




Semoga dengan kehadiran YBhg. Dato' / Datin / Tuan / Puan dapat menyerikan lagi majlis ini.

Sekian, Terima kasih.


gantung KAD RAYA 2014 lagi



Bahagian Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat



Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan



Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu



Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah



Kraftangan Malaysia Cawangan Pulau Pinang



Kraftangan Malaysia Cawangan Perak



gantung KAD RAYA 2014




Bahagian Pasaran & Promosi, Ibu Pejabat


Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat


Bahagian Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat


Bahagian Teknikal, Ibu Pejabat


Bahagian Rekaan, Ibu Pejabat


Bahagian Strategi Korporat, Ibu Pejabat


Kraftangan Malaysia Cawangan Kedah


Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor


Kraftangan Malaysia Cawangan Johor


Kraftangan Malaysia Cawangan Melaka


Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan


Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis


Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang

Kompleks Kraf Langkawi


Institut Kraf Negara
 

Unit Perpustakaan, Institut Kraf Negara


last dari kami.....
Bahagian Usahawan

"7 Lelaki 10 Perempuan,
Itulah Kami Bahagian Usahawan,
Salam Di Utus Tanda Ingatan,
Selamat Menyambut Hari Lebaran"

Salam Maaf Zahir & Batin Dari Kami Sekeluarga